Assalamualaikum wbt
Lama gak aku tak mengupdate blog aku, lebih seminggu dah. mm... sibuk sgt. kalau kat tmpt keje tu mmg sibuk la kan. kalau kat rumah pun sama gak, ada je aktiviti nak dibuat, spt tido ke, bermalas-malasan ke, termenung ke... hahaha.
Nak di jadikan cerita, ahad lepas, aku gi ke sebuah pasaraya la kan, lepas gi kenduri kawin kat Pandan Lake Club. konon nak cari walker untuk adam (tp beli benda lain la plak... huhu). dekat kul 6 tu aku pun gi la ke surau untuk solat asar. masuk dalam tu, macam biasa la kan surau kat pasaraya nih, hongap gila tahap bau muntah punya. nampak la sorang mamat bangla ni baru abis semayang kot, tgh duk sikat2 rambut. aku rasa dia ni pekerja JJ kot. mmmm... tgh2 dia duk membelek2 muka dgn selamba mak nenek dia dia amik kain semayang kat ampaian sebelah dia tu lalu mengelap lubang idung yang ala2 shah rukh khan tu, sepenuh hati lak tu. macam haram, takde kesedaran sivik langsung. dah puas dia membersihkan lubang idung beliau, beliau pon selamba campak balik kat ampaian.beliau lalu keluar meninggalkan surau. ishhh... suka hati dia je.
mmm... lps ni sure aku tak guna dah kain sembahyang kat mana-mana surau. fobia la aku. huhuhuhu...
sekian untuk kali ini.
Teach-Train-Educate
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.