Tuesday, July 19, 2011

ungkapan Asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

http://saifulislam.com/?p=10185

Teach-Train-Educate

Thursday, July 14, 2011

Assalamualikum wbt...

Mmmm... Esok jumaat 15 Julai 2011. Aku akan kembali ke pangkuan keluargaku. YEehhaaa!!!! Alhamdulillah. Xsabar rasanya. Dah 12 hari aku kat Labuan ni ha. Torture yg amat. Macam dh setahun dah rasanya. Huhu...

Malam ni nak kena packing la plak. Baju pn tgh basuh lg ni, harap by awal pagi kering la, senang aku nk pack up. Satu apa pun tak kemas lg ni.

Mmmm... Ni adalah detasmen paling xguna skali. Bukan apa, biasanya kalau datang detasmen aku ada je mood nak belek2 buku ke, ebook ke. At least ada la something aku baca. Tapi kali ni, sepanjang 12 hari aku kat labuan ni, mood nak membaca langsung tadak!! Mmmm... Ntahla. Pressure kot. Apa yg pressure sangat aku pn tak tau. Yang aku tau... Aku xde mood!!!


Citer banyak pun tak guna, aku nak packing, aku nk basuh baju, aku nak tu, aku nak ni... Tapi bila teringat nak mengadap balik keje kat ofis tu, tensenku datang menjelma. Aduhhh... I need a vacation!!!

Adam, nantikan kepulangan ayah esok. Miss u, miss ur mami.

Teach-Train-Educate

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna

Peludah Warna

A Samad Said | 7 Jul, 11 7:46pm

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Teach-Train-Educate